Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam dihulur pembuka bicara
Inilah kisah bermulanya cerita
Untuk dikongsi bukan mengata
Aku membesar penuh dengan cita-cita
Hingga IPT sampai dah kerja
Bermulalah kehidupan alam dewasa
Keputusan dibuat ikut kepala
Nasihat mak bapak tak ambil kira
Nak jadi apa gua dah besar la
Mata dah buta, hati dah luka
Asyiknya dilamun mabuk asmara
Janji dimeterai, masjid dibina
Punya la seronok tak ingat dunia
Mula-mula bahagia, lama-lama derita
Rupanya suami si anak manja
Di usia muda dah jadi janda
Hati merana nak ubati luka
Kononnya nak bina hidup semula
Kengkawan sua apa, semua aku nga nga
Mula la kehidupan alam penagih
Sekali dapat yang pangkat taukeh
Ala.. lentok sikit, habis meleleh
Tunggu ada lagi..!!! kaut la perabih
Jadi perempuan mesti cekap
Bila dah join geng-geng menghisap
Cari pelanggan yang poket kejabb
Setakat anak ikan tak leh harap
Bisnes dah maju, ada yang cemburu
Dalam bercampur ada la hantu
Muka dah macam pecah pintu
Pasal tak layan dia petik aku
Dalam pepatah pun memang ada
Tupai nak lompat lama mana, mesti jatuh juga!!
Tengah baik layan kepala
Tok tok tok kami polis!! Tak dan nak kata apa
Kena maki bertingkat-tingkat
Belajar je tinggi, otak singkat
Buat malu keluarga, jadi sampah masyarakat
Apa nak buat, bisnas wang cepat
Dok dalam penjara baru la teringat
Mak, bapak, sampai sepupu sepapat
Masa terbuang, usia makin meningkat
Inilah akibat duit tak berkat
Sakit di hati bila teringat
Kerana kecewa hidupku melarat
Apasal! Aku ni bodoh sangat!!
Pahala ‘zero’ dosa je dapat
Sebelum terlena aku bermunajat
Kepada Allah doa ku panjat
Tetapkanlah imanku, kuatkanlah semangatku
Bila dah keluar, taubat...aku tak buat
Inilah kisah buat titipan
Agar hidup lebih berwawasan
Pilihlah yang terbaik untuk masa depan
Bukan jalan menuju kehancuran