Saturday, July 31, 2010

Belia Benci Dadah

sekarang kta tgok byk kes dadah kt muka2 akhbar..pada sesiapa yg baru terjebak, mungkin belum terlambat buat anda untk kembali ke pangkal jalan. bg yg da lama terjebak, cukup2 la tu..insafla..wtpe nk dri tu merana. tinggalkn cepat, kuatkan semangat. org yg di sekeliling bantu lah mereka memberi dorongan. yg tringin nk mencuba ke, jgn la cuba. bile da try, mst korang addict nnt. kt bwh ni ade pantun dr seorang bekas penagih dadah dr pusat pemulihan. bacalah rintihannya...smoga jd pedoman buat kita sume..




Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam dihulur pembuka bicara
Inilah kisah bermulanya cerita
Untuk dikongsi bukan mengata

Aku membesar penuh dengan cita-cita
Hingga IPT sampai dah kerja
Bermulalah kehidupan alam dewasa
Keputusan dibuat ikut kepala

Nasihat mak bapak tak ambil kira
Nak jadi apa gua dah besar la
Mata dah buta, hati dah luka
Asyiknya dilamun mabuk asmara

Janji dimeterai, masjid dibina
Punya la seronok tak ingat dunia
Mula-mula bahagia, lama-lama derita
Rupanya suami si anak manja

Di usia muda dah jadi janda
Hati merana nak ubati luka
Kononnya nak bina hidup semula
Kengkawan sua apa, semua aku nga nga

Mula la kehidupan alam penagih
Sekali dapat yang pangkat taukeh
Ala.. lentok sikit, habis meleleh
Tunggu ada lagi..!!! kaut la perabih

Jadi perempuan mesti cekap
Bila dah join geng-geng menghisap
Cari pelanggan yang poket kejabb
Setakat anak ikan tak leh harap

Bisnes dah maju, ada yang cemburu
Dalam bercampur ada la hantu
Muka dah macam pecah pintu
Pasal tak layan dia petik aku

Dalam pepatah pun memang ada
Tupai nak lompat lama mana, mesti jatuh juga!!
Tengah baik layan kepala
Tok tok tok kami polis!! Tak dan nak kata apa

Kena maki bertingkat-tingkat
Belajar je tinggi, otak singkat
Buat malu keluarga, jadi sampah masyarakat
Apa nak buat, bisnas wang cepat

Dok dalam penjara baru la teringat
Mak, bapak, sampai sepupu sepapat
Masa terbuang, usia makin meningkat
Inilah akibat duit tak berkat

Sakit di hati bila teringat
Kerana kecewa hidupku melarat
Apasal! Aku ni bodoh sangat!!
Pahala ‘zero’ dosa je dapat

Sebelum terlena aku bermunajat
Kepada Allah doa ku panjat
Tetapkanlah imanku, kuatkanlah semangatku
Bila dah keluar, taubat...aku tak buat

Inilah kisah buat titipan
Agar hidup lebih berwawasan
Pilihlah yang terbaik untuk masa depan
Bukan jalan menuju kehancuran

Sunday, July 18, 2010

my luvly parents..

my beloved siblings..

aku di sini

aku di sini..
mencari kedamaian,
hilang di tiup hembusan angin,
entah di mana.

aku di sini..
mencari ketenangan,
agar hilang kegelisahan,
yg mencengkam jiwa.

aku di sini..
mencari kepastian,
bahagia atau derita,
sekarang atau masa hadapan.

aku di sini..
mencari kata-kata,
ungkapan yg bisa membahagiakan,
tidak bisa melukakan.

aku di sini..
mencari harapan,
mengengam kebahagiaan,
pahit manis kehidupan.

aku di sini..
mencari makna,
sesebuah perhubungan,
kekeluargaan, persahabatan & percintaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

All rights reserved to Aziah Adzemi © | Design by !Aini Zakaria