Friday, October 10, 2014

Percutian ke Medan (Parapat dan Brastagi) Bahagian 1

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara) yang trletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan India dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Kalimantan, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Timur/ Timor Leste di Pulau Timor.

Medan, kotamadya dan ibu kota provinsi di Sumatera Utara, Indonesia. Ia adalah kota terbesar di Sumatera. Penduduk asal kota ini adalah orang Melayu, tetapi saat ini kota Medan nerupakan kota yang mempunyai pelbagai etnik. Kebanyakkannya terdiri dari suku kaum Batak dan kota Medan mempunyai ramai keturunan India dan China. Masyarakat Cina di Medan cukup besar, sekitar 25% dari keseluruhannya.

Sumatera Utara adalah sebuah negeri atau provinsi yang terletak di Pulau Sumatera, bersempadankan dengan Acheh di sebelah Utara dan dengan Sumatera Barat serta Riau di sebelah Selatan. Provinsi ini merupakan daerah suku bangsa Batak, yang hidup di pedalaman dan suku bangsa Melayu yang hidup di daerah pesisiran pantai.

Itu serba sedikit pengenalan berkenaan Medan. Masih banyak lagi perkara-perkara yang menarik boleh didapati apabila bercuti di sana. Jom kita lihat sedikit perkongsian dari saya untuk bercuti ke Medan pada 06/06/2013 (Khamis) sehingga 09/06/2013 (Ahad) berkaitan persediaan sebelum bertolak.


PERSEDIAAN SEBELUM BERTOLAK

1. Pasport. Pastikan anda melihat bilakah tarikh pasport anda dikeluarkan. Jika sudah melebihi tempoh atau tarikh sah, maka wajiblah anda ke Jabatan Imigresen untuk membuat renewal passport. Jangan lupa bahawa tempoh yang diberikan juga boleh tamat dari masa 6 bulan atau kurang dari tarikh sah pasport dikeluarkan. Untuk keselamatan, lebih baik sekiranya anda memperbaharui pasport anda. Nanti tak pasal-pasal tak boleh lepas dari Imigresen checkpoint. Tempoh masa yang diberikan dan kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

2 tahun = RM100.00
5 tahun = RM300.00

2. Tukar wang di Money Changer atau Bank. Terdapat 2 tempat tukaran wang iaitu Money Changer atau bank yang memberikan anda sedikit perbezaan kadar tukaran wang tersebut. Anda perlu lihat pada sell rate dan buy rate. Ini juga penting kerana kadar tukaran matawang di Malaysia dan di Indonesia sudah pasti berbeza. Berapa yang anda hendak belanjakan di Indonesia nanti? Berpada-pada lah ya walaupun kita tahu kadar tukaran matawang di sana lebih rendah berbanding di sini. Disana mungkin sukar bagi anda untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM (Automatic Teller Machine) kerana anda perlu mengaktifkan kad kredit dan kad debit untuk proses transaksi semasa di luar negara. Perlu kepada anda-anda yang shopaholic, (obses berbelanja) kerana takut duit yang ditukar sudah habis dugunakan. Sebelum bertolak, anda hanya perlu menghubungi pihak bank tersebut untuk mengaktifkan sama ada sementara atau kekal pengaktifan. Kadar tukaran matawang Rupiah Indonesia seperti berikut:

(Kadar tukaran sekarang - 3.00)

Rp1,000 = RM0.33
Rp5,000 = RM1.66
Rp10,000 = RM3.33
Rp15,000 = RM5.00
Rp25,000 = RM8.33
Rp50,000 = RM16.66
Rp100,000 = RM33.33

3. Aktifkan Roaming Telefon Bimbit. Ini bagi anda yang tidak mahu membeli simkad di negara tersebut. Aktirkan roaming dan bila-bila masa anda boleh menelefon ke Malaysia. Jangan lupa anda di mana ya kerana caj yang akan dikenakan mahal. Bagi yang membeli simkad Indonesia, salah satunya ialah SimPati, ada cara nak jimat sebenarnya. Mudah sahaja. Mari saya kongsikan.

Untuk menelefon ke Malaysia, anda harus mendail 010176 dan diikuti dengan nombor talian penerima yang akan dihubungi. Contohnya: 0101760171234567

Untuk menghantar pesanan ringkas, anda taip mesej kemudian letakkan dihadapan nombor penerima +6
contohnya: +60171234567

4. Insurans. Ya memang penting kalau anda tanya saya. Kenapa? Kita tak tahu apa yang bakal terjadi nanti di negara orang. Memang la kita tidak meminta terjadi perkara tidak diingini, tetapi ia adalah langkah berjaga-jaga. Pernah terjadi kepada seorang warga emas mengalami patah tangan semasa melancong akibat jatuh tergelincir. Nasibnya baik kerana warga emas tersebut ada membeli insurans. Anda boleh mendapatkan insurans berbentuk perubatan atau nyawa dengan merujuk kepada ejen-ejen syarikat pelancongan yang anda sertai atau dari ejen-ejen insurans yang sah. Syarikat penerbangan juga ada menyediakan insurans kepada penumpang dan anda diberi pilihan sama ada ingin mengambilnya atau tidak.

5. Tempahan Tiket Kapal Terbang dan Penginapan. Sudah semestinya anda mengetahui destinasi pilihan anda untuk bercuti dan pastikan anda sudah menempah tiket kapal terbang dan juga tempat penginapan. Ini bagi mengelakkan kerja last minute. Akibatnya harga kapal terbang jauh lebih mahal. Kecuali jika anda pergi bercuti di bawah syarikat pelancongan.

6. Maklumat. Buatlah sedikit kajian mengenai tempat yang anda hendak lawati nanti. Gaya hidup, makanan, cara pertuturan, cuaca, dan pelbagai lagi yang berkaitan. Contohnya cuaca, jika tempat yang anda pergi adalah musim sejuk ketika itu, wajiblah anda membawa pakaian sejuk. Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu anda apabila bercuti. Faktor-faktor keselamatan juga perlu diambil tahu lagi-lagi anda yang bercuti sendirian. 

7. Barang yang perlu di bawa. Mungkin dari pencarian maklumat anda telah menjumpai tip-tip yang diperlukan. Barang-barang peribadi penting untuk anda buat listing agar tidak tertinggal apa-apa yang penting. Contohnya, ubat-ubatan bagi yang tidak sihat. Untuk yang ingin membuat aktiviti pantai, bawalah topi dan sunglasses untuk sightseeing, zip lock plastic yang waterproof untuk letak kamera, bag plastik untuk mengisi pakaian basah, sunblock, dan pakaian mandi yang bersesuaian dengan anda asalkan selesa apabila anda memakainya. Pastikan pakaian dan barangan yang anda bawa cukup sehingga ke hari terakhir percutian anda ya. Tidaklah tercari-cari sebab masa yang ada hanya nak enjoy kan. hehe. Ada juga sesetengah orang tidak membawa baju lebih kerana ingin membeli pakaian di tempat bercuti dan memakainya di sana. Bag yang akan dibawa mungkin kecil tetapi ingat, apabila anda pulang nanti ia memerlukan 'space' yang lebih untuk barang yang anda beli di sana.

8. Travel Charger Adapter/ Universal Adapter. Ya penting ! Sekarang zaman berubah. Apa yang berubah? Telefon bimbit la. sekarang lebih kepada smartphone. Kann? Ramai yang menggunakan smartphone lagi-lagi dengan penggunaan data internet. Haaa lagi la bateri cepat drained. Nak upload gambar di Instagram la, nak update status dalam facebook lagi. Memang la cepat habis bateri kan. Jadi, kepada anda yang suka bersisoal di laman maya, seharusnya cari satu universal adapter agar mudah bagi anda untuk mengecas bateri. Boleh didapati di pasaraya-pasaraya Malaysia atau boleh juga dapatkan di tempat anda bercuti. Bagi saya, biarlah siap sedia ada, nanti takde kelam kabut tercari-cari.

Okay, ini adalah antara senarai persiapan sebelum bertolak untuk pergi bercuti. Sedikit sebanyak apa yang saya tahu dapat saya kongsikan bersama anda. Semoga bermanfaat. Kita jumpa lagi pada entry yang akan datang untuk saya kongsikan pengalaman saya semasa berada di kota MEDAN selama 4 hari.

Wednesday, October 1, 2014

Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan/ Temuduga Pegawai Penjara KX17 (Sekarang KA19)

Pada 22/08/2014 sehingga 28/08/2014, bertempat di Penjara Seberang Perai, Jawi telah diadakan Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan bagi jawatan Pegawai Penjara KX17. Saya adalah salah seorang calon yang dipanggil pada hari pertama berlangsungnya ujian tersebut. Email panggilan ujian diterima pada hari rabu, 19/08/2014. Dengan excited dan gabra perasaan saya masa itu sebab tinggal a few days sahaja lagi mana nak sempat buat preparation kan. Stamina aduh la memang out sebab tak pernahnya exercise! Last bila saya berlari korang nak tahu? Masa dipanggil untuk Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan bagi jawatan Pembantu Penguatkuasa N17 bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bulan ogos tahun lepas. Ujian bagi JPJ Alhamdulillah saya lepas sampai ke interview tapi tak ada rezeki nak jadi penguatkuasa JPJ.

Okay, back to the topic. Memandangkan ujian fizikal hari sabtu, saya tak perlu ambil cuti. Redah sahaja la dengan tak exercise jogging semua. Tak silap, 1st day calon yang hadir seramai 40+. dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B seperti dalam surat panggilan. Penjara ni strict, sebab masa saya buat ujian pemeriksaan fizikal tu dari ramai-ramai calon wanita yang hadir, saya seorang sahaja calon wanita yang berjaya lepas dalam ujian fizikal (Ukuran tinngi, berat, BMI, mata, warna, anggota tubuh badan). Ujian tangan (lihat bengkok) dan kawad dari 5 orang hanya tinggal saya seorang sahaja. Tangan tu tak nak nampak bengkok. Saya disuruh banyak kali ulang alik berkawad sampai pegawai puas hati. Selepas ujian fizikal, ujian kecergasan saya buat sorang-sorang sebab tak ada geng dah. Lain semuanya calon lelaki dalam dewan tu. Ujian kecergasan seperti di bawah ni:-


Selesai ujian kecergasan, perlu tunggu calon lelaki habis buat semua ujian dan kemudiannya kami bergerak ke padang. Nak lari pulak. Lari ni la yang saya tak suka sebab stamina tak kuat. Hadoii ! saya seorang calon wanita yang berlari dan sangat la jauh ketinggalan dengan calon lelaki. huhuhu. Mereka sudah lebih 1 pusingan tapi saya terkedek-kedek lari di belakang. Tetapi Alhamdulillah saya dapat habiskan larian 2.4km (6 pusingan padang). Parent saya pun ada bagi semangat. hihi.

Sudah selesai, terima surat untuk ditemuduga esoknya. Balik tu buat sedikit preparation study pasal Jabatan Penjara Malaysia, pasal negara kita Malaysia, isu-isu semasa dalam dan luar negara. Deskripsi tugas Pegawai Penjara KX17 kena tau. Boleh klik tengok sini http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4522 

Masa 2nd day berlangsung ujian fizikal dan temuduga bagi kami calon yang berjaya hanya seramai 6 orang. (5 lelaki sahaja yang berjaya) Panel temuduga 4 orang tersenyum sahaja sebab tak ramai. Confirm la masa yang akan diambil untuk ditemuduga lama nanti. Sah ! Memang lama masa interview tu dalam  20-30 minit setiap orang. 

Antara soalan-soalan yang diajukan kepada kawan-kawan lain ialah pertama sekali perkenalkan diri dan latar belakang, nama Pengarah Jabatan, subsidi pun ada tanya, dan lebih banyak panel tanya pendapat calon. Yang bestnya, bilik temuduga lagi 1, panel penemuduga menyuruh calon keluar pergi cari jawapan pada kami yang menunggu di luar. Haha. Panel tanya siapa nama Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia. Selepas dapat jawapan, dia masuk semula sambung untuk ditemuduga. 

Semasa saya temuduga, tiada 1 soalan pun berkaitan isu semasa, semuanya pasal tugas-tugas seorang warder penjara dan berkenaan pendapat saya . Panel penemuduga memang psycho habis-habisan pada saya, sebab minta kelulusan SPM. Antara soalan yang saya ingat:- 
       
  1. Awak seorang wanita, boleh ke bekerja di kalangan banduan lelaki? Apa tugas-tugas warder?
  2. Sekarang ramai banduan yg dah keluar tapi masuk semula ke pusat pemulihan, apa pendapat awk?
  3. Kalau ditempatkan di Sabah Sarawak, boleh pergi ke? kalau dah kawin plk nanti mcm mana?
  4. Bekerja di bawah pegawai yang berkelulusan rendah dari awk boleh ke?
  5. Macam mana nak uruskan konflik yang berlaku dalam kalangan rakan sejawatan?
  6. Awak dah bekerja sekarang tapi kenapa nak masuk kerja kerajaan?
  7. Apa kelebihan yang akan awak dapat kalau kerja kerajaan?
  8. Berada dikalangan kakitangan dan keluarga Penjara, (PERSIAP) kalau VVIP datang boleh ke turun padang? Sanggup ke kerja tak kira masa?
  9. Ni kali ke 3 awk ditemuduga, ada sijil tapi untuk jawatan kelayakkan SPM, kenapa awak tak sorokkan sijil awak? (Panel tau sebab depan dia ada laptop. boleh trace).
  10. Awak tak rasa kesian ke pada orang yang lebih layak dengan jawatan ni?
Ada lagi soalan yang diajukan tapi tak berapa ingat. Semua soalan ini saya  jawab dengan positif. Defend diri sendiri. Cara cakap kita pun biarlah lembut dan nampak yakin. Lastly masa nak habis temuduga, panel uji saya lagi. Dia kata, "Awak mesti boleh bercakap dalam bahasa inggeris kan". saya cakap boleh tapi tak excellent. hehe.. So panel suruh saya cakap juga just cerita pasal background diri. Saya pun bla bla bla in english. Sedikit sahaja.

29/09/2014 Keputusan keluar tetapi check di website SPA system error. Jawatan lain boleh pula. Akhirnya saya check email, a lil bit nervous la sebab saya tak nak letak harapan tinggi seperti temuduga JPJ dahulu. Nanti frust. Tetapi Alhamdulillah, scroll down nampak Tahniah! Tadaaaa siap screenshoot tuh. Walaupun gred 17 tidak mengapa, ini rezeki saya terima. Biar saya usaha, belajar dan bermula dari bawah. InsyaAllah. Kawan saya 2 orang pun berjaya, ada rezeki dapat jmpa di PULAPEN kalau ditempatkan sama penempatan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

All rights reserved to Aziah Adzemi © | Design by !Aini Zakaria