Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara) yang trletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan India dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Kalimantan, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Timur/ Timor Leste di Pulau Timor.
Medan, kotamadya dan ibu kota provinsi di Sumatera Utara, Indonesia. Ia adalah kota terbesar di Sumatera. Penduduk asal kota ini adalah orang Melayu, tetapi saat ini kota Medan nerupakan kota yang mempunyai pelbagai etnik. Kebanyakkannya terdiri dari suku kaum Batak dan kota Medan mempunyai ramai keturunan India dan China. Masyarakat Cina di Medan cukup besar, sekitar 25% dari keseluruhannya.
Sumatera Utara adalah sebuah negeri atau provinsi yang terletak di Pulau Sumatera, bersempadankan dengan Acheh di sebelah Utara dan dengan Sumatera Barat serta Riau di sebelah Selatan. Provinsi ini merupakan daerah suku bangsa Batak, yang hidup di pedalaman dan suku bangsa Melayu yang hidup di daerah pesisiran pantai.
Itu serba sedikit pengenalan berkenaan Medan. Masih banyak lagi perkara-perkara yang menarik boleh didapati apabila bercuti di sana. Jom kita lihat sedikit perkongsian dari saya untuk bercuti ke Medan pada 06/06/2013 (Khamis) sehingga 09/06/2013 (Ahad) berkaitan persediaan sebelum bertolak.
Itu serba sedikit pengenalan berkenaan Medan. Masih banyak lagi perkara-perkara yang menarik boleh didapati apabila bercuti di sana. Jom kita lihat sedikit perkongsian dari saya untuk bercuti ke Medan pada 06/06/2013 (Khamis) sehingga 09/06/2013 (Ahad) berkaitan persediaan sebelum bertolak.
PERSEDIAAN SEBELUM BERTOLAK
1. Pasport. Pastikan anda melihat bilakah tarikh pasport anda dikeluarkan. Jika sudah melebihi tempoh atau tarikh sah, maka wajiblah anda ke Jabatan Imigresen untuk membuat renewal passport. Jangan lupa bahawa tempoh yang diberikan juga boleh tamat dari masa 6 bulan atau kurang dari tarikh sah pasport dikeluarkan. Untuk keselamatan, lebih baik sekiranya anda memperbaharui pasport anda. Nanti tak pasal-pasal tak boleh lepas dari Imigresen checkpoint. Tempoh masa yang diberikan dan kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:
2 tahun = RM100.00
5 tahun = RM300.00
2. Tukar wang di Money Changer atau Bank. Terdapat 2 tempat tukaran wang iaitu Money Changer atau bank yang memberikan anda sedikit perbezaan kadar tukaran wang tersebut. Anda perlu lihat pada sell rate dan buy rate. Ini juga penting kerana kadar tukaran matawang di Malaysia dan di Indonesia sudah pasti berbeza. Berapa yang anda hendak belanjakan di Indonesia nanti? Berpada-pada lah ya walaupun kita tahu kadar tukaran matawang di sana lebih rendah berbanding di sini. Disana mungkin sukar bagi anda untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM (Automatic Teller Machine) kerana anda perlu mengaktifkan kad kredit dan kad debit untuk proses transaksi semasa di luar negara. Perlu kepada anda-anda yang shopaholic, (obses berbelanja) kerana takut duit yang ditukar sudah habis dugunakan. Sebelum bertolak, anda hanya perlu menghubungi pihak bank tersebut untuk mengaktifkan sama ada sementara atau kekal pengaktifan. Kadar tukaran matawang Rupiah Indonesia seperti berikut:
(Kadar tukaran sekarang - 3.00)
Rp1,000 = RM0.33
Rp5,000 = RM1.66
Rp10,000 = RM3.33
Rp15,000 = RM5.00
Rp25,000 = RM8.33
Rp50,000 = RM16.66
Rp100,000 = RM33.33
3. Aktifkan Roaming Telefon Bimbit. Ini bagi anda yang tidak mahu membeli simkad di negara tersebut. Aktirkan roaming dan bila-bila masa anda boleh menelefon ke Malaysia. Jangan lupa anda di mana ya kerana caj yang akan dikenakan mahal. Bagi yang membeli simkad Indonesia, salah satunya ialah SimPati, ada cara nak jimat sebenarnya. Mudah sahaja. Mari saya kongsikan.
Untuk menelefon ke Malaysia, anda harus mendail 010176 dan diikuti dengan nombor talian penerima yang akan dihubungi. Contohnya: 0101760171234567
Untuk menghantar pesanan ringkas, anda taip mesej kemudian letakkan dihadapan nombor penerima +6
contohnya: +60171234567
4. Insurans. Ya memang penting kalau anda tanya saya. Kenapa? Kita tak tahu apa yang bakal terjadi nanti di negara orang. Memang la kita tidak meminta terjadi perkara tidak diingini, tetapi ia adalah langkah berjaga-jaga. Pernah terjadi kepada seorang warga emas mengalami patah tangan semasa melancong akibat jatuh tergelincir. Nasibnya baik kerana warga emas tersebut ada membeli insurans. Anda boleh mendapatkan insurans berbentuk perubatan atau nyawa dengan merujuk kepada ejen-ejen syarikat pelancongan yang anda sertai atau dari ejen-ejen insurans yang sah. Syarikat penerbangan juga ada menyediakan insurans kepada penumpang dan anda diberi pilihan sama ada ingin mengambilnya atau tidak.
5. Tempahan Tiket Kapal Terbang dan Penginapan. Sudah semestinya anda mengetahui destinasi pilihan anda untuk bercuti dan pastikan anda sudah menempah tiket kapal terbang dan juga tempat penginapan. Ini bagi mengelakkan kerja last minute. Akibatnya harga kapal terbang jauh lebih mahal. Kecuali jika anda pergi bercuti di bawah syarikat pelancongan.
6. Maklumat. Buatlah sedikit kajian mengenai tempat yang anda hendak lawati nanti. Gaya hidup, makanan, cara pertuturan, cuaca, dan pelbagai lagi yang berkaitan. Contohnya cuaca, jika tempat yang anda pergi adalah musim sejuk ketika itu, wajiblah anda membawa pakaian sejuk. Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu anda apabila bercuti. Faktor-faktor keselamatan juga perlu diambil tahu lagi-lagi anda yang bercuti sendirian.
7. Barang yang perlu di bawa. Mungkin dari pencarian maklumat anda telah menjumpai tip-tip yang diperlukan. Barang-barang peribadi penting untuk anda buat listing agar tidak tertinggal apa-apa yang penting. Contohnya, ubat-ubatan bagi yang tidak sihat. Untuk yang ingin membuat aktiviti pantai, bawalah topi dan sunglasses untuk sightseeing, zip lock plastic yang waterproof untuk letak kamera, bag plastik untuk mengisi pakaian basah, sunblock, dan pakaian mandi yang bersesuaian dengan anda asalkan selesa apabila anda memakainya. Pastikan pakaian dan barangan yang anda bawa cukup sehingga ke hari terakhir percutian anda ya. Tidaklah tercari-cari sebab masa yang ada hanya nak enjoy kan. hehe. Ada juga sesetengah orang tidak membawa baju lebih kerana ingin membeli pakaian di tempat bercuti dan memakainya di sana. Bag yang akan dibawa mungkin kecil tetapi ingat, apabila anda pulang nanti ia memerlukan 'space' yang lebih untuk barang yang anda beli di sana.
8. Travel Charger Adapter/ Universal Adapter. Ya penting ! Sekarang zaman berubah. Apa yang berubah? Telefon bimbit la. sekarang lebih kepada smartphone. Kann? Ramai yang menggunakan smartphone lagi-lagi dengan penggunaan data internet. Haaa lagi la bateri cepat drained. Nak upload gambar di Instagram la, nak update status dalam facebook lagi. Memang la cepat habis bateri kan. Jadi, kepada anda yang suka bersisoal di laman maya, seharusnya cari satu universal adapter agar mudah bagi anda untuk mengecas bateri. Boleh didapati di pasaraya-pasaraya Malaysia atau boleh juga dapatkan di tempat anda bercuti. Bagi saya, biarlah siap sedia ada, nanti takde kelam kabut tercari-cari.
Okay, ini adalah antara senarai persiapan sebelum bertolak untuk pergi bercuti. Sedikit sebanyak apa yang saya tahu dapat saya kongsikan bersama anda. Semoga bermanfaat. Kita jumpa lagi pada entry yang akan datang untuk saya kongsikan pengalaman saya semasa berada di kota MEDAN selama 4 hari.
Salam singgah =)
ReplyDeletesaya dah follow blog awak..harap sudi follow blog saya balik
http://seronoknyermelukis.blogspot.com/
Wasalam..terima kasih sudi blogwalking di blog saya.. nanti saya jengah-jengah blog awak ye.. :)
Deletesalam..kami ada menyediakan ground pakej ke Medan dengan harga yang murah paling penting sangat puas hati.. :)
ReplyDeletemai nanti just bawak duit shopping je :)
tak yah dah pikir hotel, transport, makan.. semua kami uruskan ;)
whatsapp :012-6047593
Sambil2 blogwalking...
ReplyDeleteMintak izin tuan tanah promote kat sini..
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. Pergi ramai boleh dapat RM290 je. Hubungi:
Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
Instagram: herry_tour_medan
Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
Call/WhatsApp: ID:+62 813 9788 0156 (Herry)
MY:+6013 4618637 (Ina)
salam, kami ada menyediakan ground pakej ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat puas hati. In shaa Allah servis yang terbaik kami berikan untuk anda ^_^
ReplyDeleteInstagram : @percutianbajet
Whatsapp/sms Only: 6012-6047593
salam, kami ada menyediakan ground pakej ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat puas hati. In shaa Allah servis yang terbaik kami berikan untuk anda ^_^
ReplyDeleteInstagram : @percutianbajet
Whatsapp/sms Only: 6012-6047593
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. Hubungi:
ReplyDeleteFacebook: Herry Cuti Bajet Medan
Instagram: herry_tour_medan
Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
Call/WhatsApp: +62 813 9788 0156 (Herry)
+6013 4618637 (Ina)
Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
ReplyDeleteLake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
FULL SERVICES
Hotel 3 Bintang
Makanan Halal
Driver humble
Pemandu Pelancongan professional
Sila hubungi Tiara Tours Indonesia
Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari
Note :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL
ASSALAMU ALLAIKUM. HORAS JOM KE MEDAN.SALAM KENAL TUAN AND PUAN .
ReplyDeleteDISNI KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
Saya bersedia nak bantu Tuan and Puan untuk ikut melancong bersama
saya.
Contact :+6281263636746
Whatsapp:+6281520944993
Instagram: infotoursmedan
Facebook :1. Eza purba
2. pakej lawatan