Friday, October 10, 2014

Percutian ke Medan (Parapat dan Brastagi) Bahagian 1

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara) yang trletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan India dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Kalimantan, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Timur/ Timor Leste di Pulau Timor.

Medan, kotamadya dan ibu kota provinsi di Sumatera Utara, Indonesia. Ia adalah kota terbesar di Sumatera. Penduduk asal kota ini adalah orang Melayu, tetapi saat ini kota Medan nerupakan kota yang mempunyai pelbagai etnik. Kebanyakkannya terdiri dari suku kaum Batak dan kota Medan mempunyai ramai keturunan India dan China. Masyarakat Cina di Medan cukup besar, sekitar 25% dari keseluruhannya.

Sumatera Utara adalah sebuah negeri atau provinsi yang terletak di Pulau Sumatera, bersempadankan dengan Acheh di sebelah Utara dan dengan Sumatera Barat serta Riau di sebelah Selatan. Provinsi ini merupakan daerah suku bangsa Batak, yang hidup di pedalaman dan suku bangsa Melayu yang hidup di daerah pesisiran pantai.

Itu serba sedikit pengenalan berkenaan Medan. Masih banyak lagi perkara-perkara yang menarik boleh didapati apabila bercuti di sana. Jom kita lihat sedikit perkongsian dari saya untuk bercuti ke Medan pada 06/06/2013 (Khamis) sehingga 09/06/2013 (Ahad) berkaitan persediaan sebelum bertolak.


PERSEDIAAN SEBELUM BERTOLAK

1. Pasport. Pastikan anda melihat bilakah tarikh pasport anda dikeluarkan. Jika sudah melebihi tempoh atau tarikh sah, maka wajiblah anda ke Jabatan Imigresen untuk membuat renewal passport. Jangan lupa bahawa tempoh yang diberikan juga boleh tamat dari masa 6 bulan atau kurang dari tarikh sah pasport dikeluarkan. Untuk keselamatan, lebih baik sekiranya anda memperbaharui pasport anda. Nanti tak pasal-pasal tak boleh lepas dari Imigresen checkpoint. Tempoh masa yang diberikan dan kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

2 tahun = RM100.00
5 tahun = RM300.00

2. Tukar wang di Money Changer atau Bank. Terdapat 2 tempat tukaran wang iaitu Money Changer atau bank yang memberikan anda sedikit perbezaan kadar tukaran wang tersebut. Anda perlu lihat pada sell rate dan buy rate. Ini juga penting kerana kadar tukaran matawang di Malaysia dan di Indonesia sudah pasti berbeza. Berapa yang anda hendak belanjakan di Indonesia nanti? Berpada-pada lah ya walaupun kita tahu kadar tukaran matawang di sana lebih rendah berbanding di sini. Disana mungkin sukar bagi anda untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM (Automatic Teller Machine) kerana anda perlu mengaktifkan kad kredit dan kad debit untuk proses transaksi semasa di luar negara. Perlu kepada anda-anda yang shopaholic, (obses berbelanja) kerana takut duit yang ditukar sudah habis dugunakan. Sebelum bertolak, anda hanya perlu menghubungi pihak bank tersebut untuk mengaktifkan sama ada sementara atau kekal pengaktifan. Kadar tukaran matawang Rupiah Indonesia seperti berikut:

(Kadar tukaran sekarang - 3.00)

Rp1,000 = RM0.33
Rp5,000 = RM1.66
Rp10,000 = RM3.33
Rp15,000 = RM5.00
Rp25,000 = RM8.33
Rp50,000 = RM16.66
Rp100,000 = RM33.33

3. Aktifkan Roaming Telefon Bimbit. Ini bagi anda yang tidak mahu membeli simkad di negara tersebut. Aktirkan roaming dan bila-bila masa anda boleh menelefon ke Malaysia. Jangan lupa anda di mana ya kerana caj yang akan dikenakan mahal. Bagi yang membeli simkad Indonesia, salah satunya ialah SimPati, ada cara nak jimat sebenarnya. Mudah sahaja. Mari saya kongsikan.

Untuk menelefon ke Malaysia, anda harus mendail 010176 dan diikuti dengan nombor talian penerima yang akan dihubungi. Contohnya: 0101760171234567

Untuk menghantar pesanan ringkas, anda taip mesej kemudian letakkan dihadapan nombor penerima +6
contohnya: +60171234567

4. Insurans. Ya memang penting kalau anda tanya saya. Kenapa? Kita tak tahu apa yang bakal terjadi nanti di negara orang. Memang la kita tidak meminta terjadi perkara tidak diingini, tetapi ia adalah langkah berjaga-jaga. Pernah terjadi kepada seorang warga emas mengalami patah tangan semasa melancong akibat jatuh tergelincir. Nasibnya baik kerana warga emas tersebut ada membeli insurans. Anda boleh mendapatkan insurans berbentuk perubatan atau nyawa dengan merujuk kepada ejen-ejen syarikat pelancongan yang anda sertai atau dari ejen-ejen insurans yang sah. Syarikat penerbangan juga ada menyediakan insurans kepada penumpang dan anda diberi pilihan sama ada ingin mengambilnya atau tidak.

5. Tempahan Tiket Kapal Terbang dan Penginapan. Sudah semestinya anda mengetahui destinasi pilihan anda untuk bercuti dan pastikan anda sudah menempah tiket kapal terbang dan juga tempat penginapan. Ini bagi mengelakkan kerja last minute. Akibatnya harga kapal terbang jauh lebih mahal. Kecuali jika anda pergi bercuti di bawah syarikat pelancongan.

6. Maklumat. Buatlah sedikit kajian mengenai tempat yang anda hendak lawati nanti. Gaya hidup, makanan, cara pertuturan, cuaca, dan pelbagai lagi yang berkaitan. Contohnya cuaca, jika tempat yang anda pergi adalah musim sejuk ketika itu, wajiblah anda membawa pakaian sejuk. Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu anda apabila bercuti. Faktor-faktor keselamatan juga perlu diambil tahu lagi-lagi anda yang bercuti sendirian. 

7. Barang yang perlu di bawa. Mungkin dari pencarian maklumat anda telah menjumpai tip-tip yang diperlukan. Barang-barang peribadi penting untuk anda buat listing agar tidak tertinggal apa-apa yang penting. Contohnya, ubat-ubatan bagi yang tidak sihat. Untuk yang ingin membuat aktiviti pantai, bawalah topi dan sunglasses untuk sightseeing, zip lock plastic yang waterproof untuk letak kamera, bag plastik untuk mengisi pakaian basah, sunblock, dan pakaian mandi yang bersesuaian dengan anda asalkan selesa apabila anda memakainya. Pastikan pakaian dan barangan yang anda bawa cukup sehingga ke hari terakhir percutian anda ya. Tidaklah tercari-cari sebab masa yang ada hanya nak enjoy kan. hehe. Ada juga sesetengah orang tidak membawa baju lebih kerana ingin membeli pakaian di tempat bercuti dan memakainya di sana. Bag yang akan dibawa mungkin kecil tetapi ingat, apabila anda pulang nanti ia memerlukan 'space' yang lebih untuk barang yang anda beli di sana.

8. Travel Charger Adapter/ Universal Adapter. Ya penting ! Sekarang zaman berubah. Apa yang berubah? Telefon bimbit la. sekarang lebih kepada smartphone. Kann? Ramai yang menggunakan smartphone lagi-lagi dengan penggunaan data internet. Haaa lagi la bateri cepat drained. Nak upload gambar di Instagram la, nak update status dalam facebook lagi. Memang la cepat habis bateri kan. Jadi, kepada anda yang suka bersisoal di laman maya, seharusnya cari satu universal adapter agar mudah bagi anda untuk mengecas bateri. Boleh didapati di pasaraya-pasaraya Malaysia atau boleh juga dapatkan di tempat anda bercuti. Bagi saya, biarlah siap sedia ada, nanti takde kelam kabut tercari-cari.

Okay, ini adalah antara senarai persiapan sebelum bertolak untuk pergi bercuti. Sedikit sebanyak apa yang saya tahu dapat saya kongsikan bersama anda. Semoga bermanfaat. Kita jumpa lagi pada entry yang akan datang untuk saya kongsikan pengalaman saya semasa berada di kota MEDAN selama 4 hari.

Wednesday, October 1, 2014

Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan/ Temuduga Pegawai Penjara KX17 (Sekarang KA19)

Pada 22/08/2014 sehingga 28/08/2014, bertempat di Penjara Seberang Perai, Jawi telah diadakan Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan bagi jawatan Pegawai Penjara KX17. Saya adalah salah seorang calon yang dipanggil pada hari pertama berlangsungnya ujian tersebut. Email panggilan ujian diterima pada hari rabu, 19/08/2014. Dengan excited dan gabra perasaan saya masa itu sebab tinggal a few days sahaja lagi mana nak sempat buat preparation kan. Stamina aduh la memang out sebab tak pernahnya exercise! Last bila saya berlari korang nak tahu? Masa dipanggil untuk Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan bagi jawatan Pembantu Penguatkuasa N17 bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bulan ogos tahun lepas. Ujian bagi JPJ Alhamdulillah saya lepas sampai ke interview tapi tak ada rezeki nak jadi penguatkuasa JPJ.

Okay, back to the topic. Memandangkan ujian fizikal hari sabtu, saya tak perlu ambil cuti. Redah sahaja la dengan tak exercise jogging semua. Tak silap, 1st day calon yang hadir seramai 40+. dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B seperti dalam surat panggilan. Penjara ni strict, sebab masa saya buat ujian pemeriksaan fizikal tu dari ramai-ramai calon wanita yang hadir, saya seorang sahaja calon wanita yang berjaya lepas dalam ujian fizikal (Ukuran tinngi, berat, BMI, mata, warna, anggota tubuh badan). Ujian tangan (lihat bengkok) dan kawad dari 5 orang hanya tinggal saya seorang sahaja. Tangan tu tak nak nampak bengkok. Saya disuruh banyak kali ulang alik berkawad sampai pegawai puas hati. Selepas ujian fizikal, ujian kecergasan saya buat sorang-sorang sebab tak ada geng dah. Lain semuanya calon lelaki dalam dewan tu. Ujian kecergasan seperti di bawah ni:-


Selesai ujian kecergasan, perlu tunggu calon lelaki habis buat semua ujian dan kemudiannya kami bergerak ke padang. Nak lari pulak. Lari ni la yang saya tak suka sebab stamina tak kuat. Hadoii ! saya seorang calon wanita yang berlari dan sangat la jauh ketinggalan dengan calon lelaki. huhuhu. Mereka sudah lebih 1 pusingan tapi saya terkedek-kedek lari di belakang. Tetapi Alhamdulillah saya dapat habiskan larian 2.4km (6 pusingan padang). Parent saya pun ada bagi semangat. hihi.

Sudah selesai, terima surat untuk ditemuduga esoknya. Balik tu buat sedikit preparation study pasal Jabatan Penjara Malaysia, pasal negara kita Malaysia, isu-isu semasa dalam dan luar negara. Deskripsi tugas Pegawai Penjara KX17 kena tau. Boleh klik tengok sini http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4522 

Masa 2nd day berlangsung ujian fizikal dan temuduga bagi kami calon yang berjaya hanya seramai 6 orang. (5 lelaki sahaja yang berjaya) Panel temuduga 4 orang tersenyum sahaja sebab tak ramai. Confirm la masa yang akan diambil untuk ditemuduga lama nanti. Sah ! Memang lama masa interview tu dalam  20-30 minit setiap orang. 

Antara soalan-soalan yang diajukan kepada kawan-kawan lain ialah pertama sekali perkenalkan diri dan latar belakang, nama Pengarah Jabatan, subsidi pun ada tanya, dan lebih banyak panel tanya pendapat calon. Yang bestnya, bilik temuduga lagi 1, panel penemuduga menyuruh calon keluar pergi cari jawapan pada kami yang menunggu di luar. Haha. Panel tanya siapa nama Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia. Selepas dapat jawapan, dia masuk semula sambung untuk ditemuduga. 

Semasa saya temuduga, tiada 1 soalan pun berkaitan isu semasa, semuanya pasal tugas-tugas seorang warder penjara dan berkenaan pendapat saya . Panel penemuduga memang psycho habis-habisan pada saya, sebab minta kelulusan SPM. Antara soalan yang saya ingat:- 
       
  1. Awak seorang wanita, boleh ke bekerja di kalangan banduan lelaki? Apa tugas-tugas warder?
  2. Sekarang ramai banduan yg dah keluar tapi masuk semula ke pusat pemulihan, apa pendapat awk?
  3. Kalau ditempatkan di Sabah Sarawak, boleh pergi ke? kalau dah kawin plk nanti mcm mana?
  4. Bekerja di bawah pegawai yang berkelulusan rendah dari awk boleh ke?
  5. Macam mana nak uruskan konflik yang berlaku dalam kalangan rakan sejawatan?
  6. Awak dah bekerja sekarang tapi kenapa nak masuk kerja kerajaan?
  7. Apa kelebihan yang akan awak dapat kalau kerja kerajaan?
  8. Berada dikalangan kakitangan dan keluarga Penjara, (PERSIAP) kalau VVIP datang boleh ke turun padang? Sanggup ke kerja tak kira masa?
  9. Ni kali ke 3 awk ditemuduga, ada sijil tapi untuk jawatan kelayakkan SPM, kenapa awak tak sorokkan sijil awak? (Panel tau sebab depan dia ada laptop. boleh trace).
  10. Awak tak rasa kesian ke pada orang yang lebih layak dengan jawatan ni?
Ada lagi soalan yang diajukan tapi tak berapa ingat. Semua soalan ini saya  jawab dengan positif. Defend diri sendiri. Cara cakap kita pun biarlah lembut dan nampak yakin. Lastly masa nak habis temuduga, panel uji saya lagi. Dia kata, "Awak mesti boleh bercakap dalam bahasa inggeris kan". saya cakap boleh tapi tak excellent. hehe.. So panel suruh saya cakap juga just cerita pasal background diri. Saya pun bla bla bla in english. Sedikit sahaja.

29/09/2014 Keputusan keluar tetapi check di website SPA system error. Jawatan lain boleh pula. Akhirnya saya check email, a lil bit nervous la sebab saya tak nak letak harapan tinggi seperti temuduga JPJ dahulu. Nanti frust. Tetapi Alhamdulillah, scroll down nampak Tahniah! Tadaaaa siap screenshoot tuh. Walaupun gred 17 tidak mengapa, ini rezeki saya terima. Biar saya usaha, belajar dan bermula dari bawah. InsyaAllah. Kawan saya 2 orang pun berjaya, ada rezeki dapat jmpa di PULAPEN kalau ditempatkan sama penempatan.



Sunday, September 1, 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-56.
Semoga MALAYSIA terus aman dan makmur.


Friday, June 8, 2012

Networking

one of my lecturer said that, "people who have a lot of friends is a rich people"
yes. definitely true! when we get know many people, indirectly we connecting each other even though we're apart.
 family also act like as a friend. boyfriend/girlfriend also.
 distance is not a problem. nowadays, a lot of social network connecting to one another as well as facebook, twitter, yahoo messanger, tagged, myspace and also friendster that i used a few years ago. 
from those social network, friends who lost contact with their old friends will meet up again. 
networking is very important. 
having a nice relationship with other people is really valuable.
penah dengar orang cakap, "ada cabel kan senang." aha..this is one of the benefit when we have a lot of friends.
here, it is not meant that we want to take advantage to our friends for our sake. 
remember one thing, we got to know people in some situation, either by accidentally or not, we still make a friends and there should have a good intention ok.
jaga hubungan kita sesama manusia.(keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, etc.)
with a full of heart, a friendship will long last forever.
 not all friends always be by our side right? 
only one or maybe a few is really2 our friends. no matter what happen, they always support.

did you ever heard this quotes? harus pandai memilih antara kaca dan permata.

ada kawan yang membangunkan kita, ada kawan yang menjatuhkan kita..
yeapp, sometimes kita tersilap langkah but we learned from our mistake.

i LOVE my family, my bff and my friends! :)


Thursday, April 12, 2012

kembali terjalin

kembali terjalin!
wah da macam tajuk lagu zamani SLAM tu kan..hehe
Lama rasanya tak mengadap blog ni. 
Ada la setahun lebih rasanya. 
Keinginan untuk menulis sudah hilang entah ke mana. 
Chewahh! macam la banyak post entry ek. 
Lagipun menulis entry ni bukanlah saperti anda-anda semua yang sangat meminati dan mempunyai idea yang menarik untuk berkongsi bersama-sama bloggers yang lain. 
Memang anda-anda yang menulis entry adalah satu perkongsian ilmu, cerita, luahan perasaan dan macam-macam lagi kan. 
Penulisan yang baik sangat di galakkan.ye tak?
Teruskan wahai rakan bloggers semua!
rasa nak jalinkan semula connection dengan blog ni. haha

Saturday, January 29, 2011

Lelaki Vs Warna Pilihan

Warna memberi 1000 erti...malah kamu juga boleh mngenali peribadi s'seorg hanya menerusi warna pilihnnya. nak kenal mereka?

Lets check it out!!

PutihMelambangkan kesucian+kesegaran. ia simbol s'seorg ingin memulakn hdup bru. ia juga ibarat kain kanvas yg mnunggu lakaran seorg artis. lelaki yg gemarkn warna putih amat mementingkn kebersihn+begitu menitikberatkn soal kekemasn dri. kamu yg sukakn warna ini juga seorg yg cermat dlm pelbgai hal.

MerahMelambangkn tenaga fizikal+kekuatan. dr aspek positif ia melambangkn penggemarnya dpt mnyelesaikn kerja2nya dgn baik. aspek nagatifnya pula, ai melambangkn penggemarnya sukakn paksaan n keagresifan. merah juga berkait dgn kemarahn.

Merah Jambu
Ia adalh gabungan warna putih+merah. melambangkn sifat kewanitaan, sbb itulh lelaki yg gemarkn warna ini biasanya berjiwa lembut, penuh kasih syg & romantis. ia juga melambangkn cinta+kelembutan.

OrenWarna ini adalh campuran merah+kuning.Melambangkn kekuatan krn ia mngabungkn tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. warna ini melambangkn pencapaian+pembelajarn, ttp ia di anggap warna yg amat kuat & pelik bg sesetengah org.

KuningIni adalh warna tenaga mental & berkait rapat dgn penarikan intelektual dlm pelbagai bidang. ia adalh warna yg baik untk sesiapa yg cuba berfikir & menumpukan perhatian terhadp sesuatu prkara, bg sesetgh org ia d anggap warna yg memaksa. ada juga yg mengaitkan dgn warna pengecut.

HitamWarna yg melambangkn dukacita+ketakutan. ia juga melambangkn sifat sotisfikated & boley mnyelesaikn dri dlm semua keadaan.

CoklatTanda pengasih & mempunyai prospek masa depan. lelaki yg gemarkn warna ini di katakn seorg yg berjimat cermat ketika mbelanjakn wangnya. sehinggakn ada masanya, llaki ini d katakn berkira & kedekut untk mngeluarkn setiap wang ringgitnya. jadi, tak hairanlah jika mereka ini mempunyai simpanan yg byk.

Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning & biru. ia d anggap warna alam. warna hijau d kaitkn dgn cemburu. lelaki yg gemarkn warna ini juga dkatakn tdk byk bercakp.

UnguIa adalh warna peningkatan spiritual+tanda memahami apa yg tersembunyi. org yg memakai warna ini d katakn mempunyai pengetahuan khas dlm bidg kerohanian.


p/s: mungkin ada sesetengahnya betul & mungkin juga tidak pd dri sesorg llaki...

Saturday, July 31, 2010

Belia Benci Dadah

sekarang kta tgok byk kes dadah kt muka2 akhbar..pada sesiapa yg baru terjebak, mungkin belum terlambat buat anda untk kembali ke pangkal jalan. bg yg da lama terjebak, cukup2 la tu..insafla..wtpe nk dri tu merana. tinggalkn cepat, kuatkan semangat. org yg di sekeliling bantu lah mereka memberi dorongan. yg tringin nk mencuba ke, jgn la cuba. bile da try, mst korang addict nnt. kt bwh ni ade pantun dr seorang bekas penagih dadah dr pusat pemulihan. bacalah rintihannya...smoga jd pedoman buat kita sume..




Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam dihulur pembuka bicara
Inilah kisah bermulanya cerita
Untuk dikongsi bukan mengata

Aku membesar penuh dengan cita-cita
Hingga IPT sampai dah kerja
Bermulalah kehidupan alam dewasa
Keputusan dibuat ikut kepala

Nasihat mak bapak tak ambil kira
Nak jadi apa gua dah besar la
Mata dah buta, hati dah luka
Asyiknya dilamun mabuk asmara

Janji dimeterai, masjid dibina
Punya la seronok tak ingat dunia
Mula-mula bahagia, lama-lama derita
Rupanya suami si anak manja

Di usia muda dah jadi janda
Hati merana nak ubati luka
Kononnya nak bina hidup semula
Kengkawan sua apa, semua aku nga nga

Mula la kehidupan alam penagih
Sekali dapat yang pangkat taukeh
Ala.. lentok sikit, habis meleleh
Tunggu ada lagi..!!! kaut la perabih

Jadi perempuan mesti cekap
Bila dah join geng-geng menghisap
Cari pelanggan yang poket kejabb
Setakat anak ikan tak leh harap

Bisnes dah maju, ada yang cemburu
Dalam bercampur ada la hantu
Muka dah macam pecah pintu
Pasal tak layan dia petik aku

Dalam pepatah pun memang ada
Tupai nak lompat lama mana, mesti jatuh juga!!
Tengah baik layan kepala
Tok tok tok kami polis!! Tak dan nak kata apa

Kena maki bertingkat-tingkat
Belajar je tinggi, otak singkat
Buat malu keluarga, jadi sampah masyarakat
Apa nak buat, bisnas wang cepat

Dok dalam penjara baru la teringat
Mak, bapak, sampai sepupu sepapat
Masa terbuang, usia makin meningkat
Inilah akibat duit tak berkat

Sakit di hati bila teringat
Kerana kecewa hidupku melarat
Apasal! Aku ni bodoh sangat!!
Pahala ‘zero’ dosa je dapat

Sebelum terlena aku bermunajat
Kepada Allah doa ku panjat
Tetapkanlah imanku, kuatkanlah semangatku
Bila dah keluar, taubat...aku tak buat

Inilah kisah buat titipan
Agar hidup lebih berwawasan
Pilihlah yang terbaik untuk masa depan
Bukan jalan menuju kehancuran

Sunday, July 18, 2010

my luvly parents..

my beloved siblings..

aku di sini

aku di sini..
mencari kedamaian,
hilang di tiup hembusan angin,
entah di mana.

aku di sini..
mencari ketenangan,
agar hilang kegelisahan,
yg mencengkam jiwa.

aku di sini..
mencari kepastian,
bahagia atau derita,
sekarang atau masa hadapan.

aku di sini..
mencari kata-kata,
ungkapan yg bisa membahagiakan,
tidak bisa melukakan.

aku di sini..
mencari harapan,
mengengam kebahagiaan,
pahit manis kehidupan.

aku di sini..
mencari makna,
sesebuah perhubungan,
kekeluargaan, persahabatan & percintaan.

Sunday, May 16, 2010

Orang yg MENCINTAI kamu...


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selalmat pagi’,’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

All rights reserved to Aziah Adzemi © | Design by !Aini Zakaria