Wednesday, October 1, 2014

Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan/ Temuduga Pegawai Penjara KX17 (Sekarang KA19)

Pada 22/08/2014 sehingga 28/08/2014, bertempat di Penjara Seberang Perai, Jawi telah diadakan Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan bagi jawatan Pegawai Penjara KX17. Saya adalah salah seorang calon yang dipanggil pada hari pertama berlangsungnya ujian tersebut. Email panggilan ujian diterima pada hari rabu, 19/08/2014. Dengan excited dan gabra perasaan saya masa itu sebab tinggal a few days sahaja lagi mana nak sempat buat preparation kan. Stamina aduh la memang out sebab tak pernahnya exercise! Last bila saya berlari korang nak tahu? Masa dipanggil untuk Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan bagi jawatan Pembantu Penguatkuasa N17 bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bulan ogos tahun lepas. Ujian bagi JPJ Alhamdulillah saya lepas sampai ke interview tapi tak ada rezeki nak jadi penguatkuasa JPJ.

Okay, back to the topic. Memandangkan ujian fizikal hari sabtu, saya tak perlu ambil cuti. Redah sahaja la dengan tak exercise jogging semua. Tak silap, 1st day calon yang hadir seramai 40+. dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B seperti dalam surat panggilan. Penjara ni strict, sebab masa saya buat ujian pemeriksaan fizikal tu dari ramai-ramai calon wanita yang hadir, saya seorang sahaja calon wanita yang berjaya lepas dalam ujian fizikal (Ukuran tinngi, berat, BMI, mata, warna, anggota tubuh badan). Ujian tangan (lihat bengkok) dan kawad dari 5 orang hanya tinggal saya seorang sahaja. Tangan tu tak nak nampak bengkok. Saya disuruh banyak kali ulang alik berkawad sampai pegawai puas hati. Selepas ujian fizikal, ujian kecergasan saya buat sorang-sorang sebab tak ada geng dah. Lain semuanya calon lelaki dalam dewan tu. Ujian kecergasan seperti di bawah ni:-


Selesai ujian kecergasan, perlu tunggu calon lelaki habis buat semua ujian dan kemudiannya kami bergerak ke padang. Nak lari pulak. Lari ni la yang saya tak suka sebab stamina tak kuat. Hadoii ! saya seorang calon wanita yang berlari dan sangat la jauh ketinggalan dengan calon lelaki. huhuhu. Mereka sudah lebih 1 pusingan tapi saya terkedek-kedek lari di belakang. Tetapi Alhamdulillah saya dapat habiskan larian 2.4km (6 pusingan padang). Parent saya pun ada bagi semangat. hihi.

Sudah selesai, terima surat untuk ditemuduga esoknya. Balik tu buat sedikit preparation study pasal Jabatan Penjara Malaysia, pasal negara kita Malaysia, isu-isu semasa dalam dan luar negara. Deskripsi tugas Pegawai Penjara KX17 kena tau. Boleh klik tengok sini http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4522 

Masa 2nd day berlangsung ujian fizikal dan temuduga bagi kami calon yang berjaya hanya seramai 6 orang. (5 lelaki sahaja yang berjaya) Panel temuduga 4 orang tersenyum sahaja sebab tak ramai. Confirm la masa yang akan diambil untuk ditemuduga lama nanti. Sah ! Memang lama masa interview tu dalam  20-30 minit setiap orang. 

Antara soalan-soalan yang diajukan kepada kawan-kawan lain ialah pertama sekali perkenalkan diri dan latar belakang, nama Pengarah Jabatan, subsidi pun ada tanya, dan lebih banyak panel tanya pendapat calon. Yang bestnya, bilik temuduga lagi 1, panel penemuduga menyuruh calon keluar pergi cari jawapan pada kami yang menunggu di luar. Haha. Panel tanya siapa nama Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia. Selepas dapat jawapan, dia masuk semula sambung untuk ditemuduga. 

Semasa saya temuduga, tiada 1 soalan pun berkaitan isu semasa, semuanya pasal tugas-tugas seorang warder penjara dan berkenaan pendapat saya . Panel penemuduga memang psycho habis-habisan pada saya, sebab minta kelulusan SPM. Antara soalan yang saya ingat:- 
       
  1. Awak seorang wanita, boleh ke bekerja di kalangan banduan lelaki? Apa tugas-tugas warder?
  2. Sekarang ramai banduan yg dah keluar tapi masuk semula ke pusat pemulihan, apa pendapat awk?
  3. Kalau ditempatkan di Sabah Sarawak, boleh pergi ke? kalau dah kawin plk nanti mcm mana?
  4. Bekerja di bawah pegawai yang berkelulusan rendah dari awk boleh ke?
  5. Macam mana nak uruskan konflik yang berlaku dalam kalangan rakan sejawatan?
  6. Awak dah bekerja sekarang tapi kenapa nak masuk kerja kerajaan?
  7. Apa kelebihan yang akan awak dapat kalau kerja kerajaan?
  8. Berada dikalangan kakitangan dan keluarga Penjara, (PERSIAP) kalau VVIP datang boleh ke turun padang? Sanggup ke kerja tak kira masa?
  9. Ni kali ke 3 awk ditemuduga, ada sijil tapi untuk jawatan kelayakkan SPM, kenapa awak tak sorokkan sijil awak? (Panel tau sebab depan dia ada laptop. boleh trace).
  10. Awak tak rasa kesian ke pada orang yang lebih layak dengan jawatan ni?
Ada lagi soalan yang diajukan tapi tak berapa ingat. Semua soalan ini saya  jawab dengan positif. Defend diri sendiri. Cara cakap kita pun biarlah lembut dan nampak yakin. Lastly masa nak habis temuduga, panel uji saya lagi. Dia kata, "Awak mesti boleh bercakap dalam bahasa inggeris kan". saya cakap boleh tapi tak excellent. hehe.. So panel suruh saya cakap juga just cerita pasal background diri. Saya pun bla bla bla in english. Sedikit sahaja.

29/09/2014 Keputusan keluar tetapi check di website SPA system error. Jawatan lain boleh pula. Akhirnya saya check email, a lil bit nervous la sebab saya tak nak letak harapan tinggi seperti temuduga JPJ dahulu. Nanti frust. Tetapi Alhamdulillah, scroll down nampak Tahniah! Tadaaaa siap screenshoot tuh. Walaupun gred 17 tidak mengapa, ini rezeki saya terima. Biar saya usaha, belajar dan bermula dari bawah. InsyaAllah. Kawan saya 2 orang pun berjaya, ada rezeki dapat jmpa di PULAPEN kalau ditempatkan sama penempatan.



Sunday, September 1, 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-56.
Semoga MALAYSIA terus aman dan makmur.


Friday, June 8, 2012

Networking

one of my lecturer said that, "people who have a lot of friends is a rich people"
yes. definitely true! when we get know many people, indirectly we connecting each other even though we're apart.
 family also act like as a friend. boyfriend/girlfriend also.
 distance is not a problem. nowadays, a lot of social network connecting to one another as well as facebook, twitter, yahoo messanger, tagged, myspace and also friendster that i used a few years ago. 
from those social network, friends who lost contact with their old friends will meet up again. 
networking is very important. 
having a nice relationship with other people is really valuable.
penah dengar orang cakap, "ada cabel kan senang." aha..this is one of the benefit when we have a lot of friends.
here, it is not meant that we want to take advantage to our friends for our sake. 
remember one thing, we got to know people in some situation, either by accidentally or not, we still make a friends and there should have a good intention ok.
jaga hubungan kita sesama manusia.(keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, etc.)
with a full of heart, a friendship will long last forever.
 not all friends always be by our side right? 
only one or maybe a few is really2 our friends. no matter what happen, they always support.

did you ever heard this quotes? harus pandai memilih antara kaca dan permata.

ada kawan yang membangunkan kita, ada kawan yang menjatuhkan kita..
yeapp, sometimes kita tersilap langkah but we learned from our mistake.

i LOVE my family, my bff and my friends! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

All rights reserved to Aziah Adzemi © | Design by !Aini Zakaria